Rabu, 18 April 2012

Bulan Zulhijjah dan peristiwa penting

Bulan Zulhijjah atau dikenal dengan bulan haji, memberikan beberpa catatan  peristiwa dalam perjuangan umat Islam. Bulan ini menjadi pengukuhan akidah dan kekuatan ukhwah ummat islam di dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW diantara peristiwa tersebut adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah, terjadi pada tahun kelima sebelum diangkatnya baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengikuti kaum Abu Sya’ban yang memerangi penduduk pinggir kota Madinah. 
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu pasukan tentara Islam ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.
6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Baginda Nabi menyampaikan amanat-amanatnyayang isinya adalah peraturan dan tatacara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Roma, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentara Roma yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestina.
10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab mati syahid dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah oleh sebuah majlis Syura.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

0 komentar:

Tour Wisata Muslim Umroh Plus Kairo Dubai Turki

istana-raja-faruq-mesir-Alexandria-Bibliotheca-Museum-Tahrir-Masjid-Sultan_hasan-Mesir Info tips Umroh syarat bimbingan Haji manasik kbih perjalanan wisata badal biaya haji umroh daftar umrah 2012 khusus plus harga kuota mendaftar ongkos naik murah onh plus paket ramadhan romadhon pendaftaran program travel fajar berkah ilahi biro penyelenggara kbih tours wisata muslim depag nonkuota video haji tata cara arbain reguler khusus 2013 kuota mesir turki istambul kairo jakarta selatan Tur wisata Muslim Umroh plus Dubaii - Masjid-jumaerah Al Burj Dubai-Aquarium Dubai Mall Safari Gurun Primadida-Spinx-Benteng-Salahuddin-AlAyyubi-Mesjid Muhammad Ali Basha-Makam-imam-syafii-masjid-amru-bin-Ash-Pasar-tradisional-khan-el-khalili Jamaah umroh plus turki - tour wisata Muslim Blue Mosque Camlica Hill Arasta Bazar Selat Borphorus

Lihat Informasi DISINI

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop